Sunday, March 21, 2010

Soalan Muhasabah III



  • Adakah anda takut untuk berkata "saya tidak tahu" supaya kedudukan anda tidak terjejas di sisi orang?

  • Adakah anda tertipu dengan diri anda sendiri dengan menyangka bahawa anda mampu melakukan sesuatu kerja kerana pengalaman dan kecerdikan anda?

  • Adakah anda berasa bangga dan seronok apabila mendengar orang lain memuji anda?

  • Adakah anda berasa sempit dada apabila mendengar kritikan orang terhadap anda?

  • Adakah anda segera memberi khidmat kepada orang yang berada di sekeliling anda ketika mereka memerlukannya, ataupun anda berlengah-lengah dan bermalas-malas dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain melakukanya?

  • Adakah anda redha dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada anda ataupun anda masih lagi mengadu-ngadu dan bersungut-sungut?

  • Adakah anda redha dengan ketentuan Allah ataupun anda sangat berasa gusar?

  • Adakah anda memelihara maruah diri ataupun anda banyak meminta daripada orang lain?

  • Adakah anda hanya mengharapkan ganjaran Allah semata-mata daripada segala kerja buat, kesukaran berjihad dan kesakitan yang anda lalui?

  • Adakah anda duduk berbual kosong dan banyak ketawa tanpa faedah?

Petikan dari buku " Menuju Personaliti Rabbani"


Kata Hati: Segala pujian hanyalah untuk Allah yang telah memperelokkan kejadianku, bantulah hambaMu ini untuk mencantikkan Akhlak hamba.


No comments:

Post a Comment