- Adakah anda memandang orang lain dengan pandangan yang sinis sambil memandang tinggi kepada diri sendiri kerana anda melakukan sesuatu yang mereka tidak melakukan?
- Adakah anda bercita-cita untuk menjadi seorang ketua, pemimpin, ataupun agar orang lain mengangkat anda ke barisan hadapan?
- Adakah anda berasa sempit dada apabila orang lain tidak mendepankan anda?
- Adakah anda ada menggantung harapan kepada seseorang atau menantikan-nanti sesuatu daripadanya - seperti khidmat ataupun harta benda- dan hati anda sangat terpaut kepadanya?
- Adakah anda mendahului kesenangan orang lain melebihi diri anda sendiri ataupun anda tidak terfikir melainkan tentang diri anda dan kesenangan sahaja?
- Adakah anda mampu menahan marah ataupun anda seorang yang sangat mudah melenting?
- Adakah anda berharap agar orang yang berdebat dengan anda itu salah, bagi membuktikan kebenaran pendapat anda?
- Adakah anda berbicara tentang diri anda sendir berkenaan sesuatu perkara yang membayangkan kebaikan?
- Adakah anda menyimpan rasa dendam terhadap seseorang kerana sesuatu kebaikankan yang dipeolehi?
- Adakah anda cuba menahan seseorang daripada mendapat sesuatu kebaikan?
- Adakah anda memperkecilkan seseorang dalam hati?
- Adakah anda tidak mengendahkan orang yang sedang bercakap dengan anda dan bersikap acuh tak acuh sahaja terhadapnya?
- Adakah anda ada berburuk sangka terhadap seorang muslim yang lain?
- Adakah anda berlapang dada terhadap semua saudara anda?
- Adakah anda ada menasihati seseorang di hadapan orang ramai?
- Adakah seseorang yang anda kenali melihat anda di tempat yang baik, lalu anda pun merasa bangga?
- Adakah anda berasa gelisah apabila seseorang yang anda kenali melihat anda di tempat yang kurang elok dipandang?
Petikan dari buku "Menuju Personaliti Rabbani".
Kata Hati : Jagalah hati kerana di situlah tempatnya jatuh pandangan Ilahi.... mmm mudahnya berkata-kata huhuhu..
No comments:
Post a Comment