- Adakah anda menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan sesuatu ketaatan?
- Adakah anda benar-benar merujuk kepada sunnah Nabi sebelum melakukan sesuatu ibadah?
- Adakah anda memuliakan syiar agama Allah dengan segera menyahut segala perintahNya?
- Adakah anda menghormatyi larangan-larangan Allah dengan bersegera menghindari segala laranganNya.
- Adakah anda telah melawan hawa nafsu untuk bersegera menunaikan solat secara berjemaah di masjid?
- Adakah anda telah bangun tidur sebelum fajar untuk bertahajjud kepada Allah dan kemudian duduk beristigfar sehingga azan Suboh?
- Adakah anda melengah-lengah daripada mengangkat takbiratul ihram bersama imam?
- Adakah urusan dunia tetap memenuhi hati dan fikiran anda sewaktu solat sehingga keadaan anda sesudah menunaikannya masih sama sepertimana sebelum anda menunaikannya?
- Adakah anda memelihara solat-solat sunat rawatib bagi setiap solat fardhu?
- Adakah anda membuka rahsia anda sendiri dengan menyebut-nyebut amalan dan ketaatan anda di depan orang lain?
- Adakah terlintas di fikiran anda rasa ujub terhadap amalan anda sendiri? Adakah anda melawan perasaan ini ataupun anda kalah di tangannya?
- Adakah amalan ketaatan anda menyebabkan anda merasai bahawa ianya menyebabkan anda mempeolehi tempat dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah?
Petikan dari buku "Menuju Personaliti Rabbani".
Kata Hati: Mmm soalan-soalan yang senang ditanya tapi susah nak jawab...
No comments:
Post a Comment