Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan....
Bagaikan mengambil masa berkurun lamanya
untuk aku memahami tujuan hidup ini
Tapi hingga kini aku masih mencari siratan kehidupan ini
Terasa kehidupan ini bermakna kerana ku tahu adanya kehidupan yang abadi
Segala puji bagi Allah dalam segala hal...
********************
Ku sangka aku hanya perlu menunggu
Rupanya suara hati diketahui
Hebatnya kisah ini dibawah aturanMu
Terima kasih kerana menemukan aku dengan sesuatu yang menjadi teka teki
Kini aku pasrah dengan ketentuan Mu
Kerana ku tahu Engkaulah sebaik-baiknya Hakim dalam kisah ini.
Segala puji bagi Allah dalam segala hal...
*********************
Sudah lama kau pergi tak kembali
Kebaikkanmu telah meresapi diri
Silih berganti aku menemui
Maafkan aku kadang terlupa diri
Namun hasrat tetap menepati janji
Kerana kau membuat ku cinta Ilahi
Sememangnya ini sebesar2 nikmat yang Maha Jadi
Segala puji bagi Allah dalam segala hal...
***********************
Kata hati : Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Diri...
"The most beautiful thing is to see a person smiling. And even more beautiful is knowing that you are the reason behind it"... ;-D
**********************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment