Wednesday, August 12, 2009

Surah Al-Ikhlas

Terjemahan:

1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat

3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan

4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

Cetusan madah dari Rosidah Jalil.......

“Katakanlah Allah Maha Esa”
Ayat pertama aku terpana
PerintahNya tegas penuh bermakna
Kesucian Tuhan maha sempurna
Mustahil ada gandingan setara

Kalimah tauhid jelas kedengaran
MengEsakan Allah suatu kewajiban
Sebagai paksi penegak iman
Benteng pemisah kepada kekufuran

KeEsaan Allah ujud sendirian
Tanpa permulaan tiada kesudahan
Dia mencipta bukan diciptakan
Maha Suci Allah penuh keKuasaan

Semua ciptaan dalam gengaman
PengurusanNya sempurna tiada kepincangan
KepadaNya makhluk menyandarkan harapan
MahlukNya jua serba kekurangan

Begitulah ‘As-Samad’ di ayat kedua
Allah tempat tumpuan semua
Kerana sifatNya Maha Sempurna
Penuh Kemuliaan, Keagungan lagi Bijaksana

Ayat ketiga menyusul pula
Konsep ‘Trinity’ pembohongan gila
Bagaimana mungkin Tuhan berkeluarga
Pendustaan si kafir amat tercela

Maha Suci Allah tiada beranak
Jauh sekali Dia diperanak
Tiada pernah Dia berkehendak
Miliknya jua kesempurnaan mutlak

Beralih kita ayat ke empat
Maha Sempurna Allah bersifat
Mustahil ujud yang sebegitu hebat
Menyekutukan Tuhan perbuatan terlaknat

Surah Al-Ikhlas begitu istemewa
Kesemua sifatNya menawan jiwa
Dulu jahil agama diambil lewa
Kini insaf menuju takwa

Itulah Al-Ikhlas sepertiga Quran
Setiap bacaan besar ganjaran
Apatah lagi diiringi penghayatan
Beruntung insan beroleh keredhaan

Kata Hati: Ramadahan dah dekat tapi aku masih di 'bumi'mmmmmmm


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment