Tuesday, July 28, 2009

Hati

Syeikh Ibnu A'toilah al sakandari r.a berkata:

Jika ingin membersihkan dan membuat hatimu kembali menjadi putih serta mengangkat karat yang melekat padanya, maka hendaklah melakukan empat perkara
1) Banyak berzikir dan membaca quran
2) Selalu berdiam dan sedikit berbicara
3) Menyendiri dan bermunajat kepada Allah
4) Sedikit makan dan minum

4 perkara yang dapat mematikan hati
1) Duduk bersama orang kaya
2) Berbicara dengan wanita
3) Jarang berzikir
4) Banyak makan

Kata Hati : Ya Allah berilah aku hati yang baru....

Monday, July 27, 2009

Batu

Bicara Pagi

A: Batu-batu ni ada getaran. Kalau nak tengok batu tu sesuai atau tidak dengan kita, ukur tangan sendiri menggunakan kaedah jengkal dari siku hingga hujung jari. Ukuran yang pertama kita buat tanpa batu dan ukuran kedua kaedah yang sama tetapi dengan batu itu di tangan. Kalau ia berakhir pada hujung jari di tempat yang sama bagi kaedah 1 & 2, maka batu itu tak sesuai untuk kita, tapi kalau berakhir di tempat yang berlainan batu tu ada memberi kesan pada tubuh kita..Hebat kan...

B: Betul, setiap ciptaan Allah ada getaran. Semua ciptaan Allah bertasbih, berzikir.. itu baru batu kan ..Bayangkan kalau manusia yang sentiasa berzikir, maka mestilah lagi hebat. Tak perlu nak guna batu lagi, kan......

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Surah At-Tin ayat 4

Kata Hati: Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa ingat padaMu..setiap saat, setiap detik , Janganlah Kau paling dari diri ini walau sekelip mata pun......

Yasmin Ahmad

Hari ni banyak pihak membicarakan tentang kematian Yasmin Ahmad.

Kata Fitri(dari rancangan Malaysia Hari Ini).

Kita datang diiringi azan, kita pergi diiringi solat. Sesungguhnya masa di antara azan dan solat amatlah singkat.

Kata Ziana (officemate)

Nak sembahyang di awal waktu .... before a meeting.


Kata Hati: Hidup ini adalah perjalanan menuju tuhan .....sedarkah??



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, July 24, 2009

Ahli dunia VS Ahli Akhirat

Ada seorang laki-laki (LL) bertemu dengan orang yang alim dan soleh (OS)

LL : Aku teringin tahu, apakah aku termasuk ahli dunia atau ahli akhirat.
OS : Allah SWT sangat sayang pada hambaNya, timbangan amal seseorang bukan terletak pada orang lain tetapi pada dirinya sendiri.
LL : Kenapa ?
OS : Kerana kamu dapat menipu manusia, tetapi tidak dapat menipu dirimu, jadi timbangan amalmu ada pada dirimu sendiri. Kamu pasti mampu mengetahui apakah kamu termasuk ahli dunia atau ahli akhirat
LL : Bagaimana caranya?
OS : Jika datang kepadamu orang yang memberikan harta dan datang pula kepadamu orang yang meminta sedekah, orang mana yang paling kamu senangi?
LL : .................
OS : Jika kamu gembira kepada orang yang memberi harta, maka kamu termasuk ahli dunia. Jika kamu gembira terhadap orang yang meminta sedekah, maka kamu termasuk ahli akhirat. Sesungguhnya manusia gembira pada orang yang memberi apa yang disukainya. Orang yang memberi saya harta, tentu dia telah memberi saya dunia. Orang yang mengambil daripada saya sedekah bererti telah memberi saya akhirat. Jika kamu termasuk ahli akhirat, gembiralah pada orang yang meminta sedekah padamu lebih daripada kegembiraan kamu diberi harta.

Oleh kerananya sebahagian orang soleh, apabila datang kepada mereka seorang yang meminta-minta mereka berkata dengan rasa senang
" Selamat datang orang yang membawa kebahagiaan di akhirat tanpa diupah".

Petikan dari buku " Menghayati Pesan Allah dalam Ayat-Ayat Lazim" oleh Prof. Dr. Syeikh Mutawalli Sya'rawi




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hidayah.....

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
(Surah Al An'aam ayat 104)

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
(Surah Al An'aam ayat 125)

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah Al Israa' ayat 15)

Untuk sentiasa mendapat hidayah
- konsisten solat
- konsisten baca quran
- konsisten ikut sunnah
- jaga lidah
- sembunyikan kebaikan(amalan, kelebihan,etc)
- terapi jiwa di waktu malam (qiamulail)

Petikan dari kuliah Ustazah Norhafizah Musa (Kak cik)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 22, 2009

Satu Syaaban...

Persiapan ruhiyah di bulan Syaaban,

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:”

Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan
·
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Dipetik dari http://www.zahazan.net/index/

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, July 21, 2009

Sujud.....

Rasullah SAW bersabda
Sedekat-dekat seorang hamba kepada Tuhannya ialah ketika dia sujud. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah doa(dalam sujud). ~Riwayat Muslim~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 20, 2009

Rahmat Allah Mudah Turun bila......

i) Jaga Lidah
ii) Jaga Masa
iii) Istiqomah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

REJAB

Nabi SAW telah mengajar,apabila masuk saja Bulan Rejab,Nabi SAW
berdoa dan diulang2kan doa itu.

Doa berbunyi :
"ALLAHUMMA BARIKLANA FI ROJABIN,WA SYA`A BAN NIN,WA BAL LIQH NAR ROMADON."
Maksudnya :
"Ya ALLAH Ya Tuhan kami,anugerahkanlah keberkatan utk kami,dlm bulan Rejab,dan dlm bulan Syaaban,dan sampaikanlah kami Ya ALLAH hingga bulan Ramadan (yakni panjangkanlah umur kami Ya ALLAH,sehingga kami dapat bertemu dgn Bulan Ramadan.)
(Riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, July 17, 2009

Rapuh............




Rapuh
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Kata Hati: Pencinta Allah yang sebenar adalah mereka yang sentiasa beristiqomah di dalam ketaaatan bukannya yang tengelam timbul ...

Hijau


Hijau...............................


Kata hati: Suka hijau

Kelahiran Baru

Salam........





Kata Hati: Moga mendatangkan banyak manafaat di dunia dan akhirat