Sunday, March 21, 2010

Soalan Muhasabah Diri VI



  • Adakah anda berpuasa sunat kerana Allah?

  • Adakah anda terlalu banyak makan dan minum sehingga melebihi had kekenyangan?

  • Adakah anda menjaga pandangan anda dan tidak melihat sesuatu yang haram?

  • Adakah anda memelihara pendengaran anda dan tidak mendengar muzik dan lagu yang TIDAK beradab?

  • Adakah anda berbakti kepada kedua ibubapa?

  • Adakah anda menyambung silaturrahim?

  • Adakah anda berbuat baik kepada jiran?

  • Adakah anda menyambung tali persaudaraan dengan orang yang telah memutuskan hubungannya dengan anda?

  • Adakah anda memaafkan orang yang telah menzalimi anda?

  • Adakah anda bersedekah walaupun anda sendiri susah?

  • Adakah anda banyak mengingati mati?

  • Adakah anda sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan?

  • Adakah anda banyak beristighfar?

  • Adakah anda banyak membaca La ilaha illallah, La haula wa la quwwata illa billah dan berselawat ke Nabi Muhammad SAW?

  • Adakah anda iltizam dengan bacaan al-Quran setiap hari?

  • Adakah anda menghadiri majlis-majlis ilmu?

  • Adakah anda membaca buku-buku yang bermanfaat?

  • Adakah anda turut serta bekerja secara positif untuk Islam?

  • Adakah anda bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah?

  • Adakah anda mengiringi setiap kejahatan dan suatu kebaikan?

  • Adakah anda bersegera untuk bertaubat?

Petikan dari buku " Menuju Personaliti Rabbani"


Kata Hati: Speechless......

Soalan Muhasabah Diri V



  • Anda berlemah lembut terhadap orang yang anda seru kepada kebaikan dan melarangnya daripada kemungkaran?

  • Adakah anda berdukacita dengan keadaan umat Islam?

  • Adakah anda taksub dengan kebenaran ataupun anda cuma taksub terhadap individu tertentu?

  • Adakan anda bertakwa kepada Allah dalam perkerjaan anda, mencari sumber yang halal dan menjauhi perkara-perkara yang syubhat?

  • Adakah anda mendahului kemaslahatan agama apabila bertembung dengan kemaslahatan dunia?

  • Adakah anda berjalan dengan tunduk merendah diri ataupun anda berjalan dengan bongkak dan sombong?

  • Adakah anda bercakap di dalam kerongkong sahaja ataupun terlampau berlebih-lebihan dalam gerak laku anda?

  • Adakah anda mudah mesra ataupun anda selalu bermasam muka?

  • Adakah anda seorang yang berdisiplin dan tahu menyusun urusan anda mengikut kepentingannya?

  • Adakah anda menipu, belot ataupun mengkhianati seseorang muslim?

Petikan daripada buku " Menuju Personaliti Rabbani".


Kata Hati: Mencari Cahaya Hati


Soalan Muhasabah Diri IV



  • Adakah anda mengadu domba?

  • Adakah anda mempersendakan seseorang?

  • Adakah anda berusaha untuk memastikan percakapan anda semuanya benar?

  • Adakah anda telah menghina seseorang?

  • Adakah anda gembira melihat bala diturunkan ke atas seseorang?

  • Adakah anda memelihara amanah dan menunaikannya?

  • Adakah anda marah kerana nafsu dan cuba memenangkannya?

  • Adakah anda berlaku zalim terhadap sesiapa?

  • Adakah anda anda berkata benar sekalipun ia merugikan diri sendiri atau kaum kerabat anda?

  • Adakah anda memastikan kesahihan berita yang anda sampaikan?

  • Adakah anda merendah diri sesama sahabat?

  • Adakah anda berlemah lembut terhadap orang lain?

  • Adakah anda mengungkit-ungkit khidmat anda kepada orang lain? Anda mengingatkannya secara lansung ataupun tidak lansung tentang budi baik anda? Adakah anda ada menyebut tentang hal tersebut di hadapan orang lain?

  • Adakah anda bertanya tentang perkara yang tiada kaitan dengan diri anda?

  • Adakah anda turut serta di dalam majlis mengumpat, sedangkan anda tidak mempertahankan maruah orang yang diumpat?

  • Adakah anda memotong cakap orang lain?

  • Adakah anda menyuruh kepada makruf dan melarang daripada perbuatan mungkar?

  • Adakah anda memuji seseorang di hadapannya?

Petikan daripada buku " Menuju Personaliti Rabbani".

Kata Hati: Tiba2 teringat lirik lagu Mnasir "Jadikan bersih, hati pun putih, berkata benar bermulut fasih, jadikan bersih hatipun putih, dialah khazanah pintu terpilih....lalalala suka kaler putih dan pernah dulu suka "Putih" ;-D

Soalan Muhasabah III



  • Adakah anda takut untuk berkata "saya tidak tahu" supaya kedudukan anda tidak terjejas di sisi orang?

  • Adakah anda tertipu dengan diri anda sendiri dengan menyangka bahawa anda mampu melakukan sesuatu kerja kerana pengalaman dan kecerdikan anda?

  • Adakah anda berasa bangga dan seronok apabila mendengar orang lain memuji anda?

  • Adakah anda berasa sempit dada apabila mendengar kritikan orang terhadap anda?

  • Adakah anda segera memberi khidmat kepada orang yang berada di sekeliling anda ketika mereka memerlukannya, ataupun anda berlengah-lengah dan bermalas-malas dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain melakukanya?

  • Adakah anda redha dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada anda ataupun anda masih lagi mengadu-ngadu dan bersungut-sungut?

  • Adakah anda redha dengan ketentuan Allah ataupun anda sangat berasa gusar?

  • Adakah anda memelihara maruah diri ataupun anda banyak meminta daripada orang lain?

  • Adakah anda hanya mengharapkan ganjaran Allah semata-mata daripada segala kerja buat, kesukaran berjihad dan kesakitan yang anda lalui?

  • Adakah anda duduk berbual kosong dan banyak ketawa tanpa faedah?

Petikan dari buku " Menuju Personaliti Rabbani"


Kata Hati: Segala pujian hanyalah untuk Allah yang telah memperelokkan kejadianku, bantulah hambaMu ini untuk mencantikkan Akhlak hamba.


Soalan Muhasabah Diri II



  • Adakah anda memandang orang lain dengan pandangan yang sinis sambil memandang tinggi kepada diri sendiri kerana anda melakukan sesuatu yang mereka tidak melakukan?

  • Adakah anda bercita-cita untuk menjadi seorang ketua, pemimpin, ataupun agar orang lain mengangkat anda ke barisan hadapan?

  • Adakah anda berasa sempit dada apabila orang lain tidak mendepankan anda?

  • Adakah anda ada menggantung harapan kepada seseorang atau menantikan-nanti sesuatu daripadanya - seperti khidmat ataupun harta benda- dan hati anda sangat terpaut kepadanya?

  • Adakah anda mendahului kesenangan orang lain melebihi diri anda sendiri ataupun anda tidak terfikir melainkan tentang diri anda dan kesenangan sahaja?

  • Adakah anda mampu menahan marah ataupun anda seorang yang sangat mudah melenting?

  • Adakah anda berharap agar orang yang berdebat dengan anda itu salah, bagi membuktikan kebenaran pendapat anda?

  • Adakah anda berbicara tentang diri anda sendir berkenaan sesuatu perkara yang membayangkan kebaikan?

  • Adakah anda menyimpan rasa dendam terhadap seseorang kerana sesuatu kebaikankan yang dipeolehi?

  • Adakah anda cuba menahan seseorang daripada mendapat sesuatu kebaikan?

  • Adakah anda memperkecilkan seseorang dalam hati?

  • Adakah anda tidak mengendahkan orang yang sedang bercakap dengan anda dan bersikap acuh tak acuh sahaja terhadapnya?

  • Adakah anda ada berburuk sangka terhadap seorang muslim yang lain?

  • Adakah anda berlapang dada terhadap semua saudara anda?

  • Adakah anda ada menasihati seseorang di hadapan orang ramai?

  • Adakah seseorang yang anda kenali melihat anda di tempat yang baik, lalu anda pun merasa bangga?

  • Adakah anda berasa gelisah apabila seseorang yang anda kenali melihat anda di tempat yang kurang elok dipandang?

Petikan dari buku "Menuju Personaliti Rabbani".


Kata Hati : Jagalah hati kerana di situlah tempatnya jatuh pandangan Ilahi.... mmm mudahnya berkata-kata huhuhu..



Soalan Muhasabah Diri I



  • Adakah anda menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan sesuatu ketaatan?

  • Adakah anda benar-benar merujuk kepada sunnah Nabi sebelum melakukan sesuatu ibadah?

  • Adakah anda memuliakan syiar agama Allah dengan segera menyahut segala perintahNya?

  • Adakah anda menghormatyi larangan-larangan Allah dengan bersegera menghindari segala laranganNya.

  • Adakah anda telah melawan hawa nafsu untuk bersegera menunaikan solat secara berjemaah di masjid?

  • Adakah anda telah bangun tidur sebelum fajar untuk bertahajjud kepada Allah dan kemudian duduk beristigfar sehingga azan Suboh?

  • Adakah anda melengah-lengah daripada mengangkat takbiratul ihram bersama imam?

  • Adakah urusan dunia tetap memenuhi hati dan fikiran anda sewaktu solat sehingga keadaan anda sesudah menunaikannya masih sama sepertimana sebelum anda menunaikannya?

  • Adakah anda memelihara solat-solat sunat rawatib bagi setiap solat fardhu?

  • Adakah anda membuka rahsia anda sendiri dengan menyebut-nyebut amalan dan ketaatan anda di depan orang lain?

  • Adakah terlintas di fikiran anda rasa ujub terhadap amalan anda sendiri? Adakah anda melawan perasaan ini ataupun anda kalah di tangannya?

  • Adakah amalan ketaatan anda menyebabkan anda merasai bahawa ianya menyebabkan anda mempeolehi tempat dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah?

Petikan dari buku "Menuju Personaliti Rabbani".


Kata Hati: Mmm soalan-soalan yang senang ditanya tapi susah nak jawab...


Saturday, March 20, 2010

Kasih Allah


Jika Allah menahan pemberian-Nya padamu, maka fahamilah bahawa itu adalah suatu (kemuliaan) unutkmu selama kau pertahankan keislaman dan keimananmu, hingga segenap apa yang dilakukan Allah kepada dirimu menjadi kurnia pula kepadamu (Ibnu Athaillah)